Sunday, 27 September 2015

PENGAJIAN MALAYSIA BAB 2- PEMBENTUKAN MALAYSIA





NAMA AHLI:
  1. MUHAMMAD YUSOF BIN ABDUL LATIF (23DEM15F1020)
  2. MUHAMMAD DANIEL FIRDHAUS BIN CHE RIDUAN (23DEM15F1021)
  3. DARVINRAJ A/L PANNIRSELVAM (23DEM15F1023)
DARI POLITEKNIK NILAI,NEGERI SEMBILAN.
KOS KEJURUTERAAN MEKATRONIK,JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
NAMA PENSYARAH: EN KHAIRIL


PEMBENTUKAN MALAYSIA

SINOPSIS:

Pada 31 Ogos1957,Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan . Selepas Merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun,Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yee, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu ,senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew.pada tahun 27 Mei 1961,Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi,Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Mei 1961,Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia(JPPM) ditubuhkan. JPPM  memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan.Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun  satu  Memorundum untuk dihantar kepada  Suruhanjaya Cobbold.   Suruhanjaya ini  kemudian menjalankan tugasannya iaitu meninjau pandangan rakyat sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.JAK mengeluarkan laporannya pada tahun 27 Februari 1963.Laporan iniditerimadandiluluskan.Berdasarkanlaporanini,Perjanjian  Malaysia ditandatangani di London pada tahun 9 Julai 1963.Pada 16 September,Malaysia diistiharkan.






PENGENALAN:


Sejarah Pembentukan Malaysia berlaku selepas enam tahun merdeka iaitu pada 16 September 1963.Penggabungan ini telah disuarakan oleh pelbagai pihak seperti David Marshall,Ghazali Shafiee,Tan Cheng Lock,Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman. Menurut Nordin Sopiee(1974) dalam buku beliau yang bertajuk “from Malayan Union To Singapore Separation” idea penggabungan gagasan Malaysia sebenarnya telah lama timbul di kalangan pemimpin di Asia Tenggara dan pihak British pada tahun 1888 dan lebih serius pada tahun 1932 setelah British Berjaya menguasai   Sembilan negeri Melayu serta Sarawak dan Borneo.Terdapat tentangan daripada beberapa tokoh di Asia seperti A.M Azahari di Brunei dan Ahmad Boestamam di Malaysia. Mereka memberikan cadangan yang lain seperti gabungan Alam Melayu. Tuku Abdul Rahman menggunakan kaedah tunggu dan lihat bagi mendapatkan pandangan daripada semua pihak.






PERSOALAN KAJIAN:

→Faktor Pembentukan Malaysia
Faktor pembentukan Malaysia, mempercepatkan proses Kemerdekaan iaitu selaras dengan piagamAtlantik 1945 yang menekankan prinsip berkerajaan sendiri.

→Reaksi Penentangan Terhadap Malaysia
Reaksi penentangan terhadap Malaysia ialah pada akhir tahun 1962, barulah muncul bantahan terhadap pembentukan Malaysia kerana dikatakan Malaysia kerana dikatakan Malaysia sebagai hekolonialisme (penjajahbaru) yang tentunya mengancam kedudukan serta kedaulatan Negara Republik Indonesia.





OBJEKTIF KAJIAN :

Objektif kajian ini dijalankan untuk mengkaji Pembentukan Malaysia kepada Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

1.Mengenalpasti sebab pembentukan Malaysia
2.Mengenalpasti reaksi penentangan terhadap Malaysia.

  

METODOLOGI:

→Kaedah perpustakaan iaitu dengan menggunakan sumber-sumber bertulis seperti internet dan buku rujukan.
  




 KEPENTINGAN KAJIAN:

→Kepentingan Kepada Individu

Dapat mengetahui sejarah yang berlaku di Negara sendiri
-Rakyat Malaysia perlu mempelajari, memahami dan mengambil iktibar daripada sejarah Negara supaya tidak mengulangi sejarah silam.

→Kepentingan Kepada Masyarakat

Menjaga hubungan sesama kaum seperti menghadiri rumah seperti terbuka semperna sesuatu perayaan.
-Dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat yang berbilang kaum.

→Kepentingan Kepada Negara

Menjalinkan hubungan baik dengan negara lain dari segi ekonomi
-Antara contohnya setiap Negara perlu mempromosikan jenama barangan masing-masing.



  

PENUTUP:
Perjalanan sejarah membuktikan Negara ini pernah dicerobohi oleh kuasa asing.Justeru, masyarakat Melayu selaku masyarakat peribumi haruslah mengusahakan pelbagai cara bagi mengembalikan kadaulatan dengan mengorbankan jiwa dan raga mereka.Perjuangan ini kemudiannya dususuli juga oleh kaum-kaum lain yang kemudian bersama-sama  berusaha untuk memartabatkan sebuah negara yang merdeka.Kerjasama dan tolak ansur antara kaum pastinya akan membuahkan hasil apabila kemerdekaan berjaya dekecapi dan matlamat mendirikan negara berdaulat tercapai pada tahun 1957.
Sering dengan perjalanan masa dan perkembangan politik rancangan menubuhkan Persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei digagaskan dan akhirnya Berjaya dilaksanakan pada 16 September 1963 tanpa Brunei. Namun, Singapura pula telah keluar daripada persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sama ada dari segi politik mahupun sosio ekonomi.