NAMA AHLI:
- MUHAMMAD YUSOF BIN ABDUL LATIF (23DEM15F1020)
- MUHAMMAD DANIEL FIRDHAUS BIN CHE RIDUAN (23DEM15F1021)
- DARVINRAJ A/L PANNIRSELVAM (23DEM15F1023)
KOS KEJURUTERAAN MEKATRONIK,JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
NAMA PENSYARAH: EN KHAIRIL
PEMBENTUKAN
MALAYSIA
SINOPSIS:
Pada 31
Ogos1957,Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan . Selepas Merdeka, Tunku
Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan British supaya Brunei,
Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia.
Namun,Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara
itu, Lee Kuan Yee, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku
Abdul Rahman. Namun begitu ,senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya
terhadap saranan Lee Kuan Yew.pada tahun 27 Mei 1961,Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya
di Persidangan Wartawan-Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi,Singapura
digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan
pelbagai reaksi. Pada 23 Mei 1961,Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Malaysia(JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang
kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka
masih menentang gagasan.Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu Memorundum
untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasannya iaitu meninjau
pandangan rakyat sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian
pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan
Malaysia.JAK mengeluarkan laporannya pada tahun 27 Februari 1963.Laporan
iniditerimadandiluluskan.Berdasarkanlaporanini,Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada tahun 9
Julai 1963.Pada 16 September,Malaysia diistiharkan.
PENGENALAN:
Sejarah Pembentukan Malaysia berlaku selepas enam tahun merdeka iaitu pada 16
September 1963.Penggabungan ini telah disuarakan oleh pelbagai pihak seperti
David Marshall,Ghazali Shafiee,Tan Cheng Lock,Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman.
Menurut Nordin Sopiee(1974) dalam buku beliau yang bertajuk “from Malayan Union
To Singapore Separation” idea penggabungan gagasan Malaysia sebenarnya telah
lama timbul di kalangan pemimpin di Asia Tenggara dan pihak British pada tahun
1888 dan lebih serius pada tahun 1932 setelah British Berjaya menguasai Sembilan negeri Melayu serta Sarawak dan Borneo.Terdapat
tentangan daripada beberapa tokoh di Asia seperti A.M Azahari di Brunei dan
Ahmad Boestamam di Malaysia. Mereka memberikan cadangan yang lain seperti gabungan
Alam Melayu. Tuku Abdul Rahman menggunakan kaedah tunggu dan lihat bagi mendapatkan
pandangan daripada semua pihak.
PERSOALAN KAJIAN:
→Faktor Pembentukan
Malaysia
Faktor pembentukan
Malaysia, mempercepatkan proses Kemerdekaan iaitu selaras dengan piagamAtlantik
1945 yang menekankan prinsip berkerajaan sendiri.
→Reaksi Penentangan
Terhadap Malaysia
Reaksi penentangan
terhadap Malaysia ialah pada akhir tahun 1962, barulah muncul bantahan terhadap
pembentukan Malaysia kerana dikatakan Malaysia kerana dikatakan Malaysia
sebagai hekolonialisme (penjajahbaru) yang tentunya mengancam kedudukan serta kedaulatan
Negara Republik Indonesia.
OBJEKTIF KAJIAN :
Objektif kajian ini
dijalankan untuk mengkaji Pembentukan Malaysia kepada Semenanjung Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak.
1.Mengenalpasti sebab
pembentukan Malaysia
2.Mengenalpasti reaksi
penentangan terhadap Malaysia.
METODOLOGI:
→Kaedah perpustakaan
iaitu dengan menggunakan sumber-sumber bertulis seperti internet dan buku rujukan.
KEPENTINGAN KAJIAN:
→Kepentingan Kepada Individu
Dapat mengetahui
sejarah yang berlaku di Negara sendiri
-Rakyat Malaysia
perlu mempelajari, memahami dan mengambil iktibar daripada sejarah Negara
supaya tidak mengulangi sejarah silam.
→Kepentingan Kepada Masyarakat
Menjaga hubungan
sesama kaum seperti menghadiri rumah seperti terbuka
semperna sesuatu perayaan.
-Dapat
mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat yang berbilang kaum.
→Kepentingan Kepada
Negara
Menjalinkan
hubungan baik dengan negara lain dari segi ekonomi
-Antara
contohnya setiap Negara perlu mempromosikan jenama barangan masing-masing.
PENUTUP:
Perjalanan sejarah membuktikan Negara ini pernah dicerobohi oleh kuasa asing.Justeru,
masyarakat Melayu selaku masyarakat
peribumi haruslah mengusahakan pelbagai cara bagi mengembalikan kadaulatan
dengan mengorbankan jiwa dan raga mereka.Perjuangan ini kemudiannya dususuli
juga oleh kaum-kaum lain yang kemudian bersama-sama berusaha untuk memartabatkan sebuah negara
yang merdeka.Kerjasama dan tolak ansur antara kaum pastinya akan membuahkan
hasil apabila kemerdekaan berjaya dekecapi dan matlamat mendirikan negara
berdaulat tercapai pada tahun 1957.
Sering dengan perjalanan
masa dan perkembangan politik rancangan menubuhkan Persekutuan Malaysia yang
merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei digagaskan dan akhirnya
Berjaya dilaksanakan pada 16 September 1963 tanpa Brunei. Namun, Singapura pula
telah keluar daripada persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sama ada dari segi politik mahupun sosio ekonomi.